THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday 24 October 2011

Marik empang/ tanggu


Thursday 13 October 2011

Tradisi iban

Tajau/pasu
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Selain itu, tajau juga berfungsi sebagai tempat meletak mayat dan selepas itu, mereka akan meletak tajau di atas bumbung(sadau). Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang. Setiap tahun, masyarakat iban akan memberi makanan kepada roh yang dah mati. Yang dipanggil miring. Masyarakat iban juga percaya bahawa tajau/pasu mempunyai roh yang dapat membantu mereka.

Thursday 6 October 2011


Kaum iban kaya dengan adat resam. Kaum iban tinggal di rumah panjang. Ada banyak buah keluarga dalam 1 rumah panjang. Ada sampai 100 lebih buah pintu dalam 1 rumah panjang. Dalam 1 rumah panjang ada seorang ketua rumah panjang yang dipangil Tuai Rumah. Tuai rumah biasanya dipilih melalui penilaian kekuatan. Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agamaKristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban

Sunday 11 September 2011

Pelbagai kaum tinggal di Sarawak. Ada berkulit hitam, ada yang berkulit putih, dan ada juga yang berkulit kuning lengsat semuanya hidup 1 sarawak penduduk di  Sarawak ni masih kaya dengan adat berpantang tau.... bukan pantang tatu tu ye.. contohnya kaum melayu pantang membuka paying di dalam  bilik.
Antara kaum yang ada di Sarawak ialah__________________(lihat di bawah)
(1)            Bangsa iban
-          Iban balau
-          Iban ulu Ai
-          Iban Undup

(2)            Bangsa bidayuh
-          Biatan
-          Bukar /sadong
-          Jagoi

(3)            Orang ulu
-          Kayan
-          Lun Bawang
-          Kelabit

(4)            Bisaya

(5)            Kedayan
                                                             

(6)            Melayu

(7)            Cina


(8)            India

Wednesday 17 August 2011

sebelum saya masuk ke tajuk blog saya, saya kenalkan dulu Sarawak ok... hehehe jom tengok>><<<>><<
Ini adalah gambar map Sarawak.
kenyalang adalah lambang bagi Sarawak.  Kenyalang merupakan sejenis burung. Nama lain nya ialah Enggang Badak @ dalam bahasa englishnya ialah Rhinoceros hombil. Terdapat beberapa jenis hombil iaitu:
1. Enggang Badak
2.Enggang Berkedut
3.Kekalau
4. Enggang Terbang Mertua
5. Enggang Gatal Birah
6. Enggang Jambul Putih


Halow...Halow.. Shalom..Shalom.. Nama saya Christina Sabang. Panggil ja Ena.  Nama manja saya lah itu. JJJ Saya berbangsa Iban dan beragama kristian (RC)..Asal saya orang rumah Anyaii Sungai saeh Putih 98200 Niah, Miri Sarawak. Saya baru ja berumur 19 tahun, masih lagi menuntut. Masih jauh lagi perjalanan untuk mengisi pengalaman, kefahaman, kematangan. Seperti orang tua saya kata: “ jauh pejalanan, banyak pengelaman”. Saya lahir dalam keluarga yang bahagia. Saya ada 3 adk beradik. Saya anak ke 2 dan merupakan anak manja dan anak harapan ibu bapa saya. 2 perempuan dan seorang lelaki. Saya fasih bertutur dalam 4 bahasa iaitu iban, malay, cina, engglish... Dalam blog ni saya nak kongsikan tentang kaum yang terdapat di Sarawak, cara kehidupan setiap kaum, keunikkan setiap kaun, dan barang2 yang penuh keunikan, kehalusan seni lukis yang dihasilkan oleh kaum di Sarawak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oh... ye.. Salam berkenalan, semoga enjoy dengan blog saya. Saya minta maaf sekiranya ada kesalahan kata @ yang menyinggungkan perasaan para pembaca blog saya..  Akhir sekali serangkap pantun untuk pembaca>>>>(^.^)<<<<<<
Cantik molek pergi ke pekan,
Berjumpa dengan sanak saudara,
Salam berkenalan saya ucapkan
Semoga kekal selamanya...