THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 6 October 2011


Kaum iban kaya dengan adat resam. Kaum iban tinggal di rumah panjang. Ada banyak buah keluarga dalam 1 rumah panjang. Ada sampai 100 lebih buah pintu dalam 1 rumah panjang. Dalam 1 rumah panjang ada seorang ketua rumah panjang yang dipangil Tuai Rumah. Tuai rumah biasanya dipilih melalui penilaian kekuatan. Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agamaKristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban

0 comments: